Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

2 kumpulan rakyat asing bergaduh, 57 ditahan


Jeddah: Kurang daripada 48 jam selepas pertempuran di Riyadh yang menyaksikan tiga orang terbunuh dan 68 cedera, dua kumpulan warga asing terbabit dalam pergaduhan di kejiranan Al-Azizi, di bandar raya ini awal semalam.

Polis bergegas ke tempat kejadian dan menyuraikan pergaduhan yang tercetus antara rakyat Habsyah dan Chad, selain turut menahan 57 orang.
Pergaduhan menyebabkan penduduk panik berikutan mereka yang terbabit dalam pergaduhan turut merosakkan harta persendirian. Lebih 14 kereta rosak ketika keganasan tercetus. - Agensi

No comments:

Post a Comment