Search This Blog

Tuesday, October 8, 2013

Wartawan Hong Kong diusir daripada APEC


NUSA DUA - Indonesia sebagai tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) semalam menafikan menghalang kebebasan akhbar dengan mengusir beberapa wartawan Hong Kong.
Jakarta sebaliknya menegaskan bahawa mereka diusir kerana mendatangkan ancaman keselamatan terhadap Presiden Filipina, Benigno Aquino.
Jurucukap Aquino, Ricky Carandang berkata, wartawan tersebut melanggar batas etika kewartawanan dengan menyoal pemimpin tersebut secara agresif berhubung krisis tebusan di Manila yang turut meragut nyawa lapan warga Hong Kong pada 2010.
"Kami berpendapat adalah tidak wajar untuk pihak media bersikap demikian. Mereka seperti melakukan tunjuk perasaan dan bukan mengajukan soalan," kata pegawai Kementerian Komunikasi Indonesia yang menguruskan pusat media APEC di Bali, Gatot Dewa Broto.
"Justeru, kami terpaksa meminta mereka meninggalkan persidangan tersebut kerana faktor keselamatan," ujarnya.
Menurut Gatot, mereka dibenarkan untuk berada di Bali tetapi dilarang memasuki tempat persidangan APEC berlangsung.
Dalam perkembangan berkaitan, media Hong Kong melaporkan, sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk wartawan dan juruteknik telah diusir daripada acara berkenaan.
Terdahulu, wartawan-wartawan berkenaan menuntut agar Aquino memohon maaf kepada pemimpin Hong Kong, Leung Chun-ying dan keluarga krisis tebusan itu.
Apabila Aquino berdiam diri seorang pemberita berkata: "Jadi, anda tidak mempedulikan penduduk Hong Kong."
Mereka kemudian diiring keluar oleh pengawal-pengawal yang ditugas untuk mengawal keselamatan pemimpin asing pada persida- ngan tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2h4zjJWAf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment