Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Warga emas saman anak kerana diabai


Beijing: Seorang wanita warga emas berusia 94 tahun, Zhang Zefang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia selepas menyaman anaknya kerana tidak menjaganya dengan sempurna.

Keadaan keluarganya yang kompleks menunjukkan masalah yang kian meningkat di kalangan populasi warga tua di China dan tradisi nilai kekeluargaan yang semakin berkurangan, lapor akhbar Washington Post. Zhang dilahirkan daripada keluarga peladang dan berkahwin pada usia 14 tahun. Selepas suami pertamanya meninggal akibat penyakit disenteri, dia berkahwin lagi dan mempunyai dua anak perempuan. Menjadi contoh wanita yang taat kepada tradisi China, Zhang berpindah ke rumah ibu bapa suaminya dan menjaga mereka hingga usia tua hanya dengan memakan bubur jagung. Menurut sumber, selepas kematian suaminya, dia mendapati dirinya tidak diendahkan oleh lima anaknya ekoran jarak yang jauh dan kemiskinan. Anak sulungnya yang berusia 70 tahun hidup dengan hasil wang saraan sebanyak 80 yuan (RM41) sebulan.

No comments:

Post a Comment