Search This Blog

Tuesday, October 8, 2013

Usus warga emas putus ditikam

MIRI - Gara-gara menegur sikap seorang lelaki menyimbah air panas ke atas seekor anjing pada bulan lalu, seorang warga emas koma ditikam manakala anaknya pula cedera diserang 10 lelaki bersenjata tajam di tapak pembinaan di Sungai Dalam, Lambir di sini kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.30 petang dan melibatkan Legun Serit, 64, cedera parah di perut akibat ditikam dengan pisau manakala anaknya, Kennedy, 28, cedera di tapak tangan kiri, kepala dan muka.
Sehingga semalam, Legun yang masih tidak sedar diri dirawat di Hospital Miri akibat ususnya putus terkena tikaman menggunakan parang.
Mengimbas insiden itu, Kennedy berkata, sebelum kejadian, dia bersama bapanya sedang minum bersama beberapa rakan di hadapan rumah pekerja sebelum mereka didatangi seorang daripada kumpulan suspek terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2h51lHtVe 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment