Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Upah rakan culik diri sendiri


Austin: Seorang lelaki memalsukan penculikan dirinya sendiri di depan isterinya yang ketakutan agar dia dapat menghabiskan sepanjang malam berfoya-foya dengan rakannya.

Rogelio Andaverde mengatur dua lelaki bertopeng agar menculiknya dari kediamannya di Edinburg, Texas.
Isterinya yang ketakutan ketika itu menyaksikan Andaverde diheret dengan senjata api diacukan ke kepalanya sebelum dia dibawa pergi.

Si isteri kemudian menghubungi polis yang melancarkan operasi bagi mencari lelaki berusia 34 tahun itu.


Isteri Andaverde turut menghabiskan masa lebih lima jam disoal siasat polis ketika anggota lain sibuk mencari mangsa, lapor stesen televisyen KTVI.


Andaverde pulang ke rumah keesokan harinya dan memberitahu isterinya penculik sudah membebaskannya.

Bagaimanapun, polis curiga dengan ceritanya dan Andaverde kemudian mengakui dia memalsukan penculikan dirinya sendiri kerana mahu menghabiskan malam bersama rakan-rakan tanpa isterinya.

Dua rakannya terpaksa menyamar sebagai penculik dengan memakai topeng dan dilengkapi senjata.

“Kami melihat insiden ini dengan serius kerana rentetan peristiwa yang diberitahu isterinya kepada kami,” kata pegawai polis Edinburg, Sherif Trevino.

“Orang tidak menceroboh masuk dalam rumah anda secara tiba-tiba dan kemudian menculik anda,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Trevino, isteri Andaverde mungkin tidak suka apabila terpaksa berjaga hingga empat ke lima jam disoal siasat polis, manakala suaminya berfoya-foya di luar sana dan entah dengan siapa.

Andaverde kemudian ditahan atas dakwaan memalsukan penculikannya.

Dia dibebaskan selepas membayar denda AS$5,000 (RM15,904). - Agensi

No comments:

Post a Comment