Search This Blog

Tuesday, October 29, 2013

Tiga maut kemalangan di Dataran Tiananmen

Tiga maut kemalangan di Dataran TiananmenPolis membersihkan Dataran Tiananmen selepas kemalangan maut, semalam.

BEIJING - CHINA. Tiga orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila sebuah kereta merempuh ruang pejalan kaki lalu terbakar di Dataran Tiananmen.

Polis memaklumkan, kereta tersebut dipercayai terbabas dan terbakar sehingga mencederakan beberapa pelancong serta polis yang berada di kawasan tumpuan pelancongan itu.

"Ketiga-tiga mangsa di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Saksi berkata, dia melihat beberapa kereta bomba, polis dan ambulan bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa. - Reuters

No comments:

Post a Comment