Search This Blog

Tuesday, October 8, 2013

Taufan Fitow landa pantai timur China semalam



SEJUMLAH orang berlindung ketika ribut melanda pantai di bawah pengaruh taufan Fitow di Wenling, Zhejiang kelmarin.


BEIJING - Taufan Fitow membadai pantai timur China pagi semalam dengan membawa hujan lebat dan angin yang berkelajuan 200 kilometer sejam, lapor media negara ini.
Bencana itu menyebabkan bekalan kuasa terputus dan perkhidmatan penerbangan dan kereta api tergendala.
Sekurang-kurangnya tiga orang maut di bandar Wenzhou, Zhejiang dan lebih 1,200 rumah musnah.
Lebih setengah juta penduduk dipindahkan ke kawasan berhampiran dan amaran berjaga-jaga tertinggi turut dikeluarkan kelmarin selepas taufan Fitow menghampiri daratan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pihak berkuasa di wilayah Zhejiang dan Fujian masing-masing memindahkan lebih 574,000 orang dan 177,000 orang setakat ini.
Tambah Xinhua, dua pekerja pelabuhan di Wenzhou hilang dan mereka berkemungkinan terjatuh ke laut.
Bencana itu memaksa perkhidmatan kereta api laju digantung di bebe- rapa bandar di wilayah Zhejiang, Fujian dan Jiangxi.
Lapangan Terbang Wenzhou turut membatalkan 27 penerbangan kelmarin.
Lebih 35,000 bot nelayan kembali ke pelabuhan di Zhejiang manakala hampir 30,000 kapal nelayan di Fujian dipanggil balik.
Taufan Fitow yang dinamakan sempena sejenis bunga dari Micronesia melanda China selepas dua minggu taufan Usagi membadai dengan sekurang-kurangnya 25 dilaporkan maut di selatan China. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2h4xWKpFF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment