Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Syabu RM220,000 terbang di tingkap



Kota Kinabalu: Tindakan seorang lelaki yang cuba membuang objek ke luar rumah melalui tingkap dipercayai syabu sebaik rumahnya diserbu, tidak berhasil apabila dadah itu ditemui sepasukan polis yang melakukan pemeriksaan dalam operasi khas di Penampang, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu, suspek berusia 44 tahun dipercayai mengedar dadah di sekitar daerah ini.


Sebaik menyedari rumahnya diserbu, suspek yang panik cuba membuang sebungkus plastik mengandungi dadah melalui tingkap rumah sebelum perbuatannya disedari polis.

Pemeriksaan di luar rumah kemudian menemui kira-kira 429 gram syabu, dipercayai objek dibuang suspek.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dalam serbuan itu, polis berjaya merampas kira-kira 933 gram dadah jenis syabu bernilai RM220,000.


“Difahamkan, ketika kejadian, suspek dikatakan membuang objek dari tingkap tetapi dilihat polis.

“Pemeriksaan susulan mendapati, bungkusan plastik mengandungi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat lebih 429 gram,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah, di sini, semalam.


Hamza berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemui 10 lagi bungkusan kecil syabu dengan berat keseluruhan rampasan mencecah hampir satu kilogram.

No comments:

Post a Comment