Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

Suspek bunuh antara 12 ditahan


2013/10/13
 
Hulu Selangor: Seorang individu yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes bunuh dan seorang ahli kongsi gelap Geng 08 adalah antara 12 lelaki yang ditahan dalam Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) di sekitar Hulu Selangor, semalam.

Kedua-dua mereka ditahan selepas pasukan Ops Cantas membabitkan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dan Polis Kontinjen Selangor, menggempur premis barang lusuh, alat ganti kenderaan dan cuci kereta di Batang Kali dan Sungai Choh, di sini, pada jam 8 pagi semalam.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad, berkata dalam operasi berkenaan seramai 33 individu yang mencurigakan ditahan untuk pemeriksaan lanjut sebelum 12 individu ditahan selepas didapati terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah.

“Dalam operasi ini, lelaki yang ditahan memiliki rekod dikehendaki polis dipercayai terbabit dalam kes bunuh di Simpang Ampat, Melaka, manakala seorang lelaki berbangsa India ditahan mengikut Akta Pertubuhan, selepas dikesan mempunyai tatu labah-labah di atas tangan kiri yang dipercayai anggota Geng 08.

“Seramai 10 lagi lelaki termasuk tiga lelaki warga India dan Sri Lanka ditahan selepas dikesan terbabit kesalahan mengikut Akta Imigresen, manakala dua lagi individu dikenakan tindakan saman kerana menjalankan perniagaan barang lusuh tanpa lesen,” katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment