Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Suri rumah jual ketum diberkas

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS


IBRAHIM (kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas daripada sepasang suami isteri pada sidang akhbar di Kubang Pasu, Jitra, Kedah semalam.


JITRA - Kegiatan sepasang suami isteri menjalankan kegiatan membeli daun ketum daripada penduduk kampung sebelum menjualnya dengan harga dua kali ganda kepada pelanggan di Thailand terbongkar selepas rumah mereka diserbu polis semalam.
Dalam serbuan pukul 1.20 pagi itu, polis menahan seorang suri rumah berusia 37 tahun dan merampas 653 bungkusan daun ketum bernilai RM1,960 yang ditemui di dalam rumahnya di Jalan Sanglang, Mukim Pering, Kampung Pida 6 Lama, Kodiang dekat sini.
Difahamkan, seorang lagi individu dipercayai suami suspek melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.
Lelaki berusia 45 tahun itu pernah dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan berkaitan daun ketum tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff memberitahu, polis menemui 653 bungkusan daun ketum seberat 98 kilogram di dalam rumah suspek dan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubihi di tepi rumah berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2hkBYCmim 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment