Search This Blog

Tuesday, October 8, 2013

Rompakan: Warga emas parah ditembak


8 Oktober 2013

TELUK INTAN – Seorang lelaki parah terkena tembakan yang dilepaskan dua lelaki dalam satu kejadian rompakan di Taman Impian, Jalan Changkat Jong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun terkena tembakan di tangan kanan apabila enggan melepaskan parang yang dipegang.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur di tingkat atas rumahnya sebelum menyedari bunyi bising di tingkat bawah rumah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, mangsa yang menyedari kediamannya dipecah masuk meluru ke bilik dan membawa bersama sebilah parang.

“Suspek yang menggunakan penutup muka mengacukan sesuatu yang bertutup kain ke arah mangsa sambil menjerit mahu menembak tangan mangsa.

“Mangsa enggan membuang parang yang dipegang, lalu suspek melepaskan sedas tembakan sebelum melarikan diri,” katanya.

Pemeriksaan awal mendapati, sebuah kereta milik mangsa jenis Ford Fiesta berwarna putih dilarikan suspek.

No comments:

Post a Comment