Search This Blog

Tuesday, October 8, 2013

Remaja didakwa bunuh pelatih PLKN



ENAM pelatih PLKN berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Pekan, Pahang atas tuduhan membunuh dan mencederakan Muhammad Suhaimi semalam.


PEKAN – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Rompin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh rakan pelatih kem tersebut pada 22 September lalu.
Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Kampung Seri Makmor, Muar, Johor itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, antara pukul 1.30 petang hingga 10.30 malam di Dorm L1C dan L2C mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, tertuduh yang diwakili peguam Mohd. Farid Abdul Aziz itu boleh dihukum gantung sampai mati.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah. Kes akan disebut semula pada 11 Disember depan.
Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Nadri tidak menawarkan sebarang jaminan dan tertuduh dihantar ke penjara Penor di Kuantan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2h52Mj4PX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment