Search This Blog

Tuesday, October 29, 2013

Polis tumpaskan geng pecah rumah, curi kereta di Ipoh


2013/12/27
IPOH: Dua lelaki berusia 21 dan 35 tahun yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah kereta dan curi barang di sekitar bandaraya ini diberkas polis malam tadi.

Polis turut merampas sebilah parang dan beberapa alat untuk memecah kereta daripada kedua-dua suspek dan seorang daripadanya memiliki tiga rekod jenayah lampau.


Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata suspek diberkas oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat berhubung kes pecah kereta yang sering berlaku kebelakangan ini.

"Kedua-dua lelaki terbabit dikesan kira-kira jam 8.55 malam tadi, dalam sebuah kereta Honda Civic di Ipoh Garden di sini, sebelum ditahan dan hasil pemeriksaan terhadap kereta dinaiki mereka menemui sebilah parang, dua pemutar skru dan satu kad insurans milik seorang mangsa.

"Dengan penemuan kad insurans itu, polis kenalpasti mangsa pada 17 Disember lalu membuat laporan polis berhubung keretanya dipecah dan kehilangan pelbagai barang berharga termasuk beg tangan yang turut mengandungi empat cincin emas," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Katanya, polis percaya dengan penahanan kedua-dua suspek berkenaan, sekurang-kurangnya 10 kes pecah kereta berjaya diselesaikan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti sama ada mereka terbabit dalam kes jenayah lain.

"Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
"Ujian air kencing terhadap suspek yang berusia 21 tahun juga positif dadah," katanya. 

No comments:

Post a Comment