Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

Polis marin tumpas cubaan seludup balak


10 Oktober 2013
SIBU - Polis Marin Sibu dan Sarikei menggagalkan cubaan menyeludup balak bernilai kira-kira RM2.62 juta di Sungai Rajang di sini dalam operasi bersama kira-kira 4 pagi ini.
   
Pegawai Pemerintah Polis Marin Wilayah Lima, Inspektor Mohd Hidayat Nordin, yang mengetuai operasi itu, berkata mereka memintas sebuah kapal tunda dan tongkang setelah kedua-dua kenderaan itu tiba di bandar tebingan sungai di sini dari kawasan hulu sungai di daerah Song.
   
"Sebaik memeriksa kedua-dua kapal itu, kami menemui kira-kira 600 batang balak daripada pelbagai spesies dan saiz di dalam tongkang itu. Berdasarkan siasatan awal kami, tiada permit pengeluaran balak itu daripada Jabatan Perhutanan Negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Mohd Hidayat berkata juragan kapal tunda dan lima krew termasuk tiga warga Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun turut ditahan.
   
Beliau berkata kejayaan operasi hasil maklumat awam itu merupakan rampasan balak haram terbesar bagi tahun ini oleh polis Marin Sarawak.
   
Balak itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan lanjut, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment