Search This Blog

Friday, October 4, 2013

Penyelam dikhuatiri lemas


4 Oktober 2013

KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mengikuti aktiviti menyelam di Teluk Genting, Pulau Tioman, hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Yahaya berkata polis menerima laporan kejadian berkenaan pada kira-kira pukul 6.20 petang tadi.
   

"Mangsa, Mohd Afif Abd Hamid, 28, berasal dari Sungai Petani, Kedah mengikuti aktiviti menyelam bersama 19 orang penyelam dari pelbagai negeri kira-kira 2 petang tadi.
   

"Semasa menjalankan aktiviti menyelam tersebut, tiba-tiba mangsa didapati hilang dari kumpulan penyelam terbabit," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
   
Beliau berkata, rakannya cuba mencari mangsa di sekitar kawasan selaman, namun gagal menemuinya, sebelum membuat laporan polis.
   
Katanya, pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
   
"Usaha mencari terpaksa diberhentikan lewat petang tadi kerana cuaca gelap dan akan disambung semula awal pagi esok," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment