Kereta Proton Waja yang dinaiki empat suspek itu cuba meloloskan diri dengan melanggar kenderaan polis yang mengejarnya serta beberapa buah kenderaan awam dengan memandu sejauh empat kilometer hingga tiba ke kawasan flat di Seksyen 6, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, anggotanya terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah kereta suspek, selepas kenderaan itu dilihat cuba melanggar seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjalan kaki di lorong mati.
“Suspek sempat mengundur keretanya dan berhenti di sebuah lagi kawasan flat kira-kira 200 meter dari lorong itu dan ke semuanya suspek yang merupakan lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun didapati telah melarikan diri,” katanya.
Menurut Arjunaidi, kereta Proton Waja yang digunakan kumpulan itu pernah dilaporkan hilang di Ipoh, Perak dan digunakan untuk melakukan kegiatan samun.
“Kumpulan ini aktif melakukan beberapa siri kes samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.
"Dua daripada anggota kumpulan yang sama sebelum ini telah ditahan dan membawa polis ke lokasi itu untuk mendapatkan Proton Wira curi yang disembunyikan,” katanya.
Katanya lagi, siasatan mendapati Proton Wira itu telah dicuri daripada pemiliknya di Kelana Jaya.
Susulan daripada itu polis kini melancarkan gerakan memburu keempat-empat suspek yang dipercayai masih berada di kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment