Search This Blog

Wednesday, October 9, 2013

Penjenayah campak pistol dikejar polis


2013/10/09
Seremban: Polis menahan dua lelaki yang mencampakkan sepucuk pistol dari kereta apabila mereka menyedari diekori peronda polis di Mantin dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi di susur masuk Plaza Tol Mantin Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), polis turut merampas beberapa senjata, perkakas yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah dan dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mereka berusia 27 dan 56 tahun juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Katanya, kereta peronda polis mengekori kereta dinaiki dua lelaki terbabit selepas dimaklumkan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

“Kereta itu berlegar-legar berhampiran pekan Mantin hingga kereta peronda mengesan dan mengejar mereka. Kira-kira 400 meter dari Plaza Tol Mantin, kereta itu berhenti di tepi jalan dan seorang daripada dua lelaki terbabit mencampakkan pistol ke dalam semak.

“Bagaimanapun, peronda polis berjaya memintas kereta penjenayah terbabit dan menahan mereka di situ," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis juga menemui semula pistol Glock berisi sebutir peluru, manakala pemeriksaan dalam kereta menemui sebilah pisau, tiga bilah parang, pemotong, 5.05 gram heroin, 1.62 gram ganja dan satu alat menghisap dadah bentuk pistol.

No comments:

Post a Comment