BANGKOK - Kelakuan gopoh-gapah seorang warga Malaysia untuk menggunakan tandas di Lapangan Terbang Don Mueang di sini membawa kepada penangkapannya selepas pihak berkuasa Thailand menemui 12 bungkusan kecil dadah di dalam mangkuk tandas yang digunakan.
Dalam kejadian kelmarin, lelaki berusia 36 tahun itu diberkas selepas pihak berkuasa curiga dengan kelakuannya lalu mengekori suspek ke dalam tandas, kata Pegawai Penguasa Polis Imigresen, Kolonel Polis Weerayot Karunyathornn kepada pemberita.
Weerayot berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku membeli dadah jenis kokain seberat 120 gram itu daripada seorang wanita Thai dengan harga 270,000 baht (RM27,000).
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2i9ovV4sO
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment