Search This Blog

Saturday, October 19, 2013

Pekerja kilang terkejut terserempak Sang Bedal sesat



BUAYA tembaga yang dipercayai sesat selepas naik ke darat ketika air pasang di Jalan Keruing berhampiran Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak semalam.


KUCHING – Seorang pekerja kilang terkejut apabila objek yang disangkakan batang kayu di Jalan Keruing berhampiran Pusat Konvensyen Borneo dekat sini rupa-rupanya seekor buaya tembaga yang dipercayai tersesat selepas naik ke darat ekoran air sungai pasang malam kelmarin.
Ah Fui, 35, yang menemui Sang Bedal itu berkata, dia terserempak dengan reptilia tersebut pada pukul 1 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah yang tidak jauh dari lokasi reptilia itu ditemui.
“Pada mulanya, saya sangka objek itu hanyalah batang kayu tetapi selepas diamati betul-betul, saya jadi takut kerana objek itu rupa-rupanya seekor buaya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2i8eMLn1C 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment