Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Pekerja kilang nyaris diperkosa



Kajang: Seorang pekerja kilang yang disamun di sebuah perhentian bas di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dekat sini, nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki dikatakan menggunakan ilmu pukau.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, wanita berusia 36 tahun menunggu bas untuk ke sebuah klinik tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali.


Difahamkan, lelaki berkenaan kemudian menghisap rokok dan dilihat dengan sengaja menghembuskan asapnya ke muka mangsa.

Menurut sumber, mangsa menegur perbuatan lelaki itu dan cuba meninggalkan tempat itu malangnya dia mula berasa pening dan pitam serta tidak sedarkan diri.


“Mangsa mengesyaki dia dipukau hingga tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian mangsa terjaga dan terkejut mendapati lelaki itu sudah membawanya ke lokasi lain.


“Lebih memeranjatkan, lelaki itu sudah berada di atas badannya disyaki cuba merogol, malah pakaiannya juga sudah terkoyak,” katanya.

Mangsa menjerit cuba melawan menyebabkan tangan dan badannya terluka akibat terkena senjata tajam.


“Dia melarikan diri ke kawasan semak berhampiran selepas menendang kemaluan lelaki itu,” katanya. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi sehari selepas kejadian.

No comments:

Post a Comment