Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Padah lari daripada polis

KERETA Honda City yang remuk akibat merempuh tiang lampu dan papan iklan ketika pemandunya cuba melarikan diri daripada polis di Plentong, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Tindakan seorang pemuda memecut kenderaan sejauh lima kilometer hingga ke Plentong di sini selepas terserempak dengan polis mengundang padah apabila dia dapat diberkas selepas kenderaan dinaiki terbabas semalam.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku apabila sepasukan polis yang meronda melihat sebuah kereta Honda City biru dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Permas Jaya.
Ketika diminta berhenti, lelaki berusia 20-an yang enggan bekerjasama itu mengundur kenderaannya lalu merempuh kereta peronda polis dan memecut menghala ke Taman Johor Jaya di sini.
"Sebaik tiba di hadapan sebuah pasar raya di Plentong, kereta itu terbabas dan merempuh tiang lampu serta papan iklan.
"Pemandu kereta yang panik keluar dan melarikan diri ke kawasan semak berdekatan. Polis dapat menahannnya ketika dia sedang bersembunyi di sebuah longkang," kata satu sumber di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2hkBJcsfG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment