Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Otak bersepai jatuh tingkat 12



Kuala Lumpur: Seorang lelaki dijumpai mati dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari Blok C bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu Cheras, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, lelaki berusia 50-an itu mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat 12 bangunan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi berhubung kejadian itu.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan otaknya berselerakan di sekitar kawasan letak motosikal perumahan ini.


“Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan berikutan tidak menemui sebarang pengenalan diri di sisi mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), “katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan pada bumbung tempat letak motosikal di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang kesan benda jatuh.

“Mangsa dipercayai terjatuh terus ke atas lantai simen bangunan ini, “katanya.


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment