Mayat lelaki berusia lingkungan 30an itu belum diketahui punca kematian sama ada dibunuh atau menjadi mangsa kemalangan jalan raya.
Terdapat kesan luka di belakang kepala mangsa selain kesan luka di kening dan turut berdarah di telinga.
Mangsa dipercayai penduduk tempatan bukan berasal dari kawasan tersebut ditemui pengguna jalan raya terbaring di laluan tersebut.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan menerima maklumat penemuan mayat itu dan pihaknya sedang menyiasat kes tersebut dari pelbagai sudut.
Menurutnya, polis menghantar mayat tersebut ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat dan akan membuka kertas siasatan apabila mendapat pengesahan doktor.
“Setakat ini polis belum dapat sebarang maklumat sama ada mangsa dibunuh atau menjadi mangsa kemalangan jalan raya, kami tunggu laporan bedah siasat dahulu,” katanya.
No comments:
Post a Comment