Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

Mayat lelaki dalam tasik


2013/10/13
Putrajaya: Seorang lelaki ditemui mati terapung di pesisiran tasik Presint 4, Putrajaya, semalam.

Saksi kejadian, Muhammad Fadzlee Md Yatim, 21, menemui mayat berkenaan ketika beriadah berhampiran tasik berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.
“Ketika menghampiri tasik, saya melihat ada orang terapung di permukaan tasik.

“Saya segera menghubungi rakan untuk datang dan memintanya menghubungi polis. Saya ketakutan kerana ini pertama kali menemui mayat dalam keadaan begini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki dalam Tasik Putrajaya berhampiran Jambatan Saujana.

Beliau berkata, mayat lelaki tidak berbaju tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

“Mangsa hanya berseluar panjang biru gelap dan tidak memakai kasut.
“Ketika ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana siasatan tidak menemui bukti atau senjata yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment