Search This Blog

Wednesday, October 9, 2013

Macam kem senjata perang



MOHD. SHUKRI menunjukkan senapang dan beberapa senjata tiruan yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Shah Alam, Selangor semalam.


PETALING JAYA – Kegiatan haram dua lelaki yang menjual senjata api tiruan di dalam pusat beli-belah Plaza Amcorp Mall di sini sejak tiga bulan lalu memakan diri apabila bukan sahaja ditahan dan barangan dirampas malah, didenda RM800 setiap seorang oleh mahkamah.
Suspek berusia 28 dan 42 tahun tersebut diberkas pada pukul 5.30 petang Ahad lalu selepas polis melakukan risikan sebaik menerima maklumat awam.
Selain tangkapan, polis turut merampas 20 pucuk pistol jenis Glock, senapang panah atau crossbow, kelopak peluru, pisau rambo beberapa jenis senjata dan barangan berbahaya yang kesemuanya tiruan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2hAy2BQ2h 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment