Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

Lelaki ditemui mati di rumah sewa


13 Oktober 2013

BUTTERWORTH - Seorang lelaki berperwatakan wanita ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan kelar di badan dan leher, di rumah sewanya di Taman Pantai Bersih, Bagan Ajam di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir  Salleh berkata, mangsa S Athiswaran,31, ditemui mati oleh jirannya pada pukul 9 pagi ini.

"Ketika polis sampai pintu rumah mangsa telah terbuka dan anggota kita menemui mayat mangsa di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan dengan tangan  dan kakinya diikat serta badan ditutup plastik.

"Terdapat beberapa luka dan kesan kelar di badan mangsa terutama di leher dan perutnya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Katanya siasatan awal polis mendapati jiran mangsa terdengar bunyi kecoh dan pergaduhan di rumah mangsa lewat malam tadi.
 
"Mangsa menyewa rumah itu seorang diri dan kita tidak menolak kemungkinan kejadian itu dilakukan lebih daripada seorang suspek," katanya.

Mohd Nasir berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk dibedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment