Search This Blog

Tuesday, October 29, 2013

Lelaki berpakaian wanita ditahan pandu kereta


Yanbu: Operasi polis mengesan wanita yang ingkar terhadap larangan memandu di Arab Saudi menahan 13 suspek tetapi seorang daripadanya adalah remaja lelaki.

Akhbar al-Hayat melaporkan, polis menahan sebuah kereta dipandu seorang individu berpakaian seperti wanita tempatan - lengkap dengan gaun dan penutup muka.
Selepas diminta keluar dari tempat pemandu dan disiasat, anggota polis yang menahannya terkejut apabila mendapati pemandu itu adalah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Jurucakap polis berkata, remaja terbabit merakamkan pemanduannya dan detik dia ditahan. - Agensi

No comments:

Post a Comment