Search This Blog

Tuesday, October 29, 2013

Kehilangan warga emas terjawab

Kehilangan warga emas terjawabEr Cheng menunjukkan dinding papan yang dibukanya bagi meninjau keadaan mangsa. Gambar kecil : Ah Choon.

JEMPOL - Misteri kehila­ngan seorang warga emas kira-kira empat hari lalu akhirnya terjawab selepas ditemui tidak bernyawa di kediamannya dekat Ladang Gaddes, lewat petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Pang Ah Choon, 72, tinggal seorang diri dan tidak pernah berkahwin dijumpai dalam keadaan berpakaian dalam bilik tidurnya kira-kira 5.52 petang.

Ketua Kampung Ladang Gaddes D, Phua Er Cheng berkata, pada awalnya dia dimaklumkan penduduk kampung berkenaan mangsa yang tidak kelihatan kira-kira empat hari.

“Saya pergi ke rumah mangsa bersama beberapa penduduk kampung, kemudian memanggilnya beberapa kali, namun panggilan tidak disahut.

“Saya cuba membuka pintu rumahnya yang berkunci, namun gagal akhirnya saya tinjau dekat tingkap rumah dan menanggalkan dinding," katanya.

Er Cheng berkata, dia terkejut apabila mendapati mayat Ah Choon terbaring di dalam bilik tidurnya dan sudah berbau.

Sinar Harian difahamkan, anggota polis terpaksa memecah pintu bilik mangsa tetapi gagal berikutan mayat tersebut terlantar berhampiran pintu berkenaan.

Manakala beberapa dinding papan dekat bilik mangsa terpaksa ditanggalkan bagi memudahkan anggota polis mengeluarkan mayat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah Jempol, Deputi Superitendan Tukiman Seriman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu semalam.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat manakala kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dituntut adiknya selepas selesai proses bedah siasat petang semalam.

No comments:

Post a Comment