Search This Blog

Tuesday, October 29, 2013

Kedai emas rugi RM100,000 dirompak


29 Oktober 2013


KEPALA BATAS - Seorang lelaki bersenjatakan pistol melarikan empat dulang barangan kemas bernilai hampir RM100,000 dari sebuah kedai emas di sini hari ini.
 
Jurucakap polis berkata, lelaki berpakaian serba hitam dan topi keledar penuh itu memasuki kedai emas berkenaan pada pukul 1.55 petang dan mengacukan pistol ke arah pemilik kedai dan isterinya.
 
"Suspek mengarahkan pasangan suami isteri berusia 40-an itu mengeluarkan beberapa dulang emas yang terdapat dalam tempat pameran.
 
"Berikutan bimbang dicederakan, isteri pemilik kedai berkenaan mengeluarkan dua dulang barangan kemas mengandungi cincin, rantai dan gelang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau berkata, lelaki itu turut mengambil dua dulang barangan kemas daripada tempat pameran sebelum melarikan diri dengan motosikal.
 
"Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu menggunakan pistol palsu," katanya dan memberitahu kejadian itu adalah kali ketiga berlaku di kedai berkenaan.
 
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kedai emas itu dilengkapi kamera litar tertutup.  - Bernama

No comments:

Post a Comment