Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Kedai cenderamata rugi RM300,000



Sepang: Sebuah kedai menjual cenderamata eksklusif sukan permotoran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, dipecah masuk membabitkan kerugian hampir RM300,000, kelmarin.

Kejadian disedari seorang pekerja yang tiba di kedai berkenaan kira-kira jam 9 pagi, semalam sebelum mendapati pintu stor di dalam premis dipecahkan.


Difahamkan, kamera litar tertutup (CCTV) dalam stor premis berkenaan sepatutnya menghala ke bahagian ruang pejabat dialihkan ke arah kaunter bayaran.

Ketua Polis Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan dilakukan orang dalam berikutan kedudukan premis berada di dalam kawasan SIC yang perlu melalui pos kawalan keselamatan.


“Pengurus kedai cenderamata mendakwa kerugian dianggarkan RM300,000 termasuk hasil jualan dalam tiga hari lalu selain sebuah komputer riba dan beberapa barangan berharga lain.


“Polis masih meneliti hasil rakaman CCTV bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya.

No comments:

Post a Comment