Search This Blog

Tuesday, October 8, 2013

Taufan Fitow badai China, 2 mautti lemas

BEIJING 7 Okt. - Taufan Fitow melanda perairan timur China pada awal hari ini, membawa angin sekuat lebih 200 kilometer sejam, menyebabkan beratus-ratus ribu penduduk terpaksa dipindahkan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, sekurang-kurangnya dua orang maut akibat taufan kuat itu di wilayah Wenzhou dan Zhejiang.
Sebahagian daripada Zhejiang dilanda hujan lebat selama lebih 17 jam sejak semalam dan keadaan sama dilaporkan turut berlaku di wilayah Fujian.
Daerah Cangnan di Wenzhou dilaporkan paling teruk terjejas, menyaksikan lebih 1,200 kediaman musnah dan nilai kerosakan dianggar bernilai jutaan yuan.
Xinhua yang memetik pihak berkuasa banjir melaporkan, seorang daripada mangsa yang maut merupakan lelaki berusia 55 tahun.
Di Fujian, Fitow menyebabkan banyak tiang elektrik tumbang, selain papan tanda jalan rosak.
Di bandar Ningde, penduduk kampung menyatakan bahawa ombak besar yang dicetuskan Fitow memusnahkan kawasan tanaman rumpai laut.
Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) hari ini memaklumkan, taufan itu dijangka bergerak ke barat laut negara ini, tetapi dalam keadaan lemah.
Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran angin kencang dan memindahkan penduduk ke tempat perlindungan sementara.
Fitow turut menyebabkan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam di Zhejiang, Fujian dan Jiangxi terjejas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131008/lu_06/Taufan-Fitow-badai-China-2-maut#ixzz2h5A39DmF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment