Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Gempa bumi Filipina: Sekurangnya 32 terkorban


CEBU: Sekurangnya 32 mangsa terkorban termasuk 15 di Cebu selepas gempa bumi besar melanda tiga pulau pelancongan popular di Filipina, pagi tadi.

Governor Bohol pula melaporkan sekurangnya 16 orang terkorban manakala lebih 100 lagi cedera manakala seorang mangsa disahkan mati di pulau Siquijor.
Gempa bumi kuat itu juga menyebabkan beberapa bangunan roboh, jalan raya rosak dan kejadian tanah runtuh, menurut jurucakap pejabat pertahanan awam, Reynaldo Balido.

Bagaimanapun, jumlah mangsa akan meningkat dan kerosakan sepenuhnya belum diketahui lagi, menurut Balido serta anggota penyelamat lain.


Namun, mereka berterima kasih gempa ini berlaku pada cuti umum dan tidak ramai berada di dalam bangunan yang mengalami kerosakan besar.


Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.12 pagi tadi.

Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 31 kilometer di timur laut Tagbilaran City dan 806km di timur laut Sandakan, Sabah.

Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. - Agensi

No comments:

Post a Comment