Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

Gadai nyawa demi cucu

Kuala Lumpur: “Saya hanya mahu selamatkan cucu. Tindakan saya bergelut dengan penculik berlaku secara spontan tanpa memikirkan keselamatan diri,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Chua, 58, menceritakan detik cemas dia bergelut lebih 15 minit dengan seorang penjenayah yang cuba menculik cucu perempuannya berusia tiga tahun.
Dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kepong, di sini, jam 9.30 malam Selasa lalu, tindakan berani Chua berjaya menggagalkan cubaan culik berkenaan, namun dia cedera di muka, tangan dan kaki akibat bergelut dengan penjenayah lelaki berusia lewat 30-an itu.
Menceritakan semula kejadian itu ketika ditemui semalam, Chua berkata, selepas menutup kedai, dia meminta isterinya berusia 58 tahun membawa cucu ke kereta yang diletakkan di belakang premis kerana mahu pulang.

“Saya menunggu di dalam kereta sebelum mendengar isteri menjerit minta tolong, manakala cucu perempuan saya dipegang seorang lelaki bertopi keledar.Foto
RAKAMAN CCTV merekodkan penjenayah berlegar-legar di kawasan kedai Chua beberapa hari sebelum kejadian berkenaan.

“Saya bergegas turun dari kereta sebelum cuba menyelamatkan cucu. Saya kemudian bergelut dengan penjenayah berkenaan,” katanya sambil menambah, lelaki itu tidak bersenjata.

No comments:

Post a Comment