Search This Blog

Wednesday, October 9, 2013

Dua terselamat dinding pasar raya runtuh

2013/10/09
 
Jitra: Dua pekerja penyelenggaraan pasar raya nyaris terperangkap selepas sebahagian daripada dinding dan bumbung premis di Kompleks Bandar Darulaman Industri (BDI) di sini, runtuh pagi semalam.

Kedua-dua pekerja itu dikatakan bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri sebaik dikejutkan dentuman kuat ketika dinding kompleks yang beroperasi sejak tiga bulan lalu retak, sebelum runtuh menyembah bumi.
Pekerja terbabit, Abdul Rohim Abdullah, berkata ketika kejadian jam 8.55 pagi itu dia bersama seorang rakan sedang memeriksa bangunan berkenaan.

“Saya menyedari ada kesan retak pada dinding sebelum tiba-tiba dikejutkan bunyi dentuman kuat. Saya dan rakan terus menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohamad Darus, ketika ditemui berkata, pihaknya mengesan banyak kesan retakan pada dinding pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof, pula berkata pihaknya sudah mengarahkan sepasukan anggota membuat kawalan bagi memastikan keselamatan barangan dalam pasar raya berkenaan.

No comments:

Post a Comment