Selayang: Seorang warga emas dan anaknya yang menjadikan rumah sewa mereka di Kepong sebagai stor barang lusuh mengamuk selepas Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat operasi membersihkan rumah kotor di kawasan berkenaan, semalam.
Operasi berkenaan dijalankan selepas penduduk di kawasan perumahan itu membuat aduan mengenai rumah anak-beranak itu yang kotor, malah menjadi tempat pembiakan nyamuk, lipas dan tikus.
Ketika pekerja MPS cuba membersihkan halaman rumah mereka yang penuh dengan sampah yang didakwa menjadi punca pendapatan kedua-dua wanita itu, mereka mengamuk, malah tidur di atas jalan raya bagi menghalang tindakan MPS.
Kedua-dua wanita itu yang bekerja sebagai pengumpul dan penjual barang lusuh dan barang kitar semula itu bagi membayar hutang mereka.
IBU dan anak halang penguat kuasa MPS bersihkan kawasan rumah sewa. |
WARGA emas (tengah) mengutip barangan ketika penguat kuasa membersihkan kawasan rumah yang dijadikan stor barangan lusuh. |
No comments:
Post a Comment