Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

Doktor jual organ ditahan

Doktor jual organ ditahanDoktor ditahan ketika melakukan pemindahan organ.

SAN JOSE - CALIFORNIA. Polis menahan empat suspek dipercayai terlibat dalam pemerdagangan haram organ manusia  di sini, semalam.

Peguam negara Costa Rica Carloz Jimenez berkata, individu ditahan termasuk tiga doktor dari Hospital Guardia Calderon dan seorang warga Israel.

“Penderma menerima bayaran antara AS$ 80,000 (RM254,000) dan AS$100,000 (RM318,000) untuk bahagian tertentu organ”, katanya pada laopran AP.

Menurutnya, organ manusia itu kemudiannya dijual ke luar negara terutama ke Israel dengan harga dua kali ganda.

Jun lalu, pihak berkuasa menahan ketua sindiket pemerdagangan organ Francisco Mora Palma bersama seorang pegawai kerajaan.

“Palma yang juga Ketua Nefrologi Hospital Calderon Guardia bertindak sebagai agen dalam urusan jual beli buah pinggang, kini masih dalam tahanan kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment