Search This Blog

Saturday, October 12, 2013

Budak mati terjerut jerat sendiri


KUALA KRAI - Seorang pelajar lelaki yang baru selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan lalu ditemui mati tergantung di alang kayu bumbung dapur rumahnya di Kampung Bedal dekat sini semalam.
Mayat Mohamad Idham Yusuf, 12, ditemui oleh kakaknya, Nor Amira Idayu, 15, pada pukul 9.30 pagi selepas hairan dengan adiknya yang sebelum itu sedang bermain di halaman rumah tiba-tiba hilang.
Selepas mencari adiknya di sekitar halaman rumah, Nor Amira yang masuk ke dapur terkejut melihat Idham berada dalam keadaan tergantung di alang kayu rumah dan sudah tidak bernyawa.
"Bawah badan Idham yang tergantung, ada sebuah kerusi dan saya percaya dia memanjat kerusi tersebut sebelum memasukkan kepalanya di dalam kabel komputer yang digantung pada alang kayu di bumbung dapur," kata remaja itu ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2hTBxLwle 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment