Search This Blog

Saturday, October 12, 2013

Berpusing sebelum terhempas



PESAWAT Twin Otter yang masih tersadai di sebuah rumah di Kampung Sin San, Kudat semalam.


KUDAT - Pesawat jenis Twin Otter MASwings yang merempuh sebuah rumah di Kampung Sin San di sini kelmarin didakwa terlanggar pelepah pokok kelapa menyebabkan ia berpusing-pusing sebelum terhempas.
Salah seorang penumpang, Junani Bladi, 53, memberitahu, akibat kejadian tersebut dia terhumban ke depan menyebabkan tangannya terseliuh manakala bahagian belakang badan pula terasa sakit.
"Sewaktu meraba di bawah tempat duduk saya terpegang seorang bayi lelaki lalu mengangkat dan menyerahkan kepada penumpang lain yang telah berjaya keluar dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Kudat di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2hTBYk6P3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment