Search This Blog

Wednesday, October 9, 2013

Banjir landa kawasan perindustrian Thailand


ORANG ramai meredah air banjir di wilayah Prachinburi, Thailand pada 1 Oktober lalu.


BANGKOK - Air banjir melimpah masuk ke sebuah taman perindustrian utama di timur bandar raya ini semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan kemusnahan besar yang menimpa firma tempatan dan asing akibat banjir pada 2011 akan berulang.
Thailand merupakan pengeluar pemacu cakera keras terbesar di dunia selain pembekal utama komponen elektronik dan alat ganti kereta.
Banjir pada 2011 meragut lebih 800 nyawa dan menye- babkan gangguan besar kepada sektor perindustrian Thailand dengan pertumbuhan ekonomi merosot kepada 0.1 peratus.
Bencana itu turut menyebabkan bekalan kepada beberapa firma global seperti Apple Inc. dan Toyota Motor Corp. terjejas.
Pemaju taman perindustrian terbesar di Thailand, Amata Corporation menyatakan, taman perindustriannya di wilayah Chonburi, 114 kilometer dari sini, dilanda banjir.
"Air bah setinggi 15 senti- meter melimpah masuk ke taman berkenaan di tiga kawasan tetapi tidak menjejaskan operasi," kata Ketua Eksekutif Amata Corporation, Wikrom Krommadit
"Semua kilang di sini beroperasi seperti biasa," tambahnya.
Menurut Wikrom, ini adalah kali pertama taman perindustrian seluas lebih 3,020 hektar itu dilanda banjir.
Lokasi tersebut katanya, menempatkan beberapa syarikat pengeluar alat ganti untuk pengeluar kereta Jepun.
Hampir separuh daripada keseluruhan kilang di taman perindustrian itu berasal dari Jepun. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2hAnBNwU6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment