Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

Amukan taufan Nari

Manila: Taufan Nari membadai utara Filipina awal semalam, menerbangkan bumbung bangunan, meragut lima nyawa dan menyebabkan lebih berjuta penduduk terputus bekalan elektrik.
Nari yang melanda awal semalam turut menyebabkan banyak pokok tumbang.

“Banyak pokok yang tumbang. Pekerja penyelamat terpaksa menggunakan gergaji elektrik untuk memotong pokok berkenaan kerana ia menghalang lalu lintas,” kata seorang wartawan bebas James Reynolds dari bandar Baler.
Menurutnya, angin kencang yang membadai kawasan berkenaan berlaku selama empat jam dan menyifatkan keadaan itu sebagai menyeramkan.

Ketika taufan itu bergerak ke arah pedalaman dengan membawa hujan lebat, sebuah tembok lumpur runtuh, menghempap berek polis berhampiran bandar Magalang, menyebabkan seorang anggota yang menanti untuk dikerah membantu mangsa, terbunuh.

Seorang lelaki pula terkena renjatan elektrik di bandar Candaba sementara sebatang pokok yang jatuh menghempap sebuah rumah dan sebuah kenderaan di wilayah Nueva menyebabkan tiga orang terbunuh.
Foto
KENDERAAN awam meredah banjir di San Ildefonso, wilayah Bulacan, semalam. Banjir melanda bandar itu selepas wilayah berkenaan dibadai Taufan Nari.
Sementara itu, dua kanak-kanak dan seorang lelaki tua mati lemas di Bulacan, wilayah yang mengalami banjir secara berleluasa.

Empat penduduk wilayah itu juga disenaraikan hilang, termasuk seorang nelayan yang dikatakan tidur dalam botnya ketika taufan itu melanda.
“Ombak besar menghanyutkan bot berkenaan,” kata seorang anggota polis.

Tiga nelayan yang keluar ke laut sebelum taufan itu melanda, juga dilapor hilang.

Manila terselamat daripada taufan berkenaan. Pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran, banjir besar mungkin berlaku di bandar itu. - AFP

No comments:

Post a Comment