Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Alih CCTV, larikan peti besi


SEPANG – Sebuah kedai cenderamata di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini kerugian RM300,000 semalam selepas dipecah masuk sekumpulan penjenayah dipercayai orang dalam.
Barangan yang dilaporkan hilang dalam kejadian antara pukul 12.00 tengah malam hingga awal pagi itu ialah sebuah peti besi mengandungi wang tunai sebanyak RM300,000 dan sebuah komputer riba.
Selain itu, kumpulan suspek terbabit turut mengalihkan televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan bagi mengelak wajah mereka dirakam alat tersebut.
Menurut satu sumber, kejadian disedari pada pukul 9 pagi apabila pekerja premis berkenaan yang tiba untuk bekerja mendapati pintu stor dipecahkan dan cenderamata yang diletakkan di ruang pameran berselerak.
“Kita percaya pencuri masuk melalui stor kerana peti besi disimpan di bilik tersebut. Bagaimanapun, cenderamata di ruang pameran tidak dilarikan,” katanya ketika dihubungi di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2hkC17Ozn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment