Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

Ahli nujum didapati bersalah menipu pelanggan


NEW YORK - Seorang wanita yang mengaku memiliki kuasa psikik telah didapati bersalah kerana menipu para pelanggannya,
Wanita itu, Sylvia Mitchell didapati memperoleh lebih AS$100,000 (RM317,888) dengan memperdayakan para pelanggannya bahawa dia boleh menyelesaikan masalah mereka.
Dia didapati bersalah kelmarin di sebuah mahkamah dan kini dipenjarakan tanpa dibenarkan diikat jamin sebelum hukumannya dijatuhkan pada 29 Oktober ini.
Pejabat Pendakwa Raya Manhattan menggambarkan wanita tersebut sebagai seorang ahli nujum yang menipu.
Seorang wanita Singapora yang memberi keterangan menyatakan bahawa dia membayar lebih AS$120,000 (RM381,466) kepada Mitchell.
Menurutnya, Mitchell menyatakan, dia boleh membantu wanita tersebut bebas daripada tenaga negatif yang terdapat di dalam badannya. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2hYMPDPw5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment