Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

66,000 berpindah hadapi Taufan Nari

SEORANG wanita meriba anak perempuannya di luar kediaman mereka yang roboh ditiup Taufan Nari di bandar San Miguel, dalam wilayah Bulacan di utara Filipina pada Ahad lalu.


HANOI - Kerajaan Vietnam memindahkan berpuluh-puluh ribu penduduk yang berada dalam laluan Taufan Nari selepas ribut dahsyat itu meragut 13 nyawa di Filipina, lapor media tempatan kelmarin
Taufan Nari dijangka melanda tengah negara itu pagi ini selepas menerbangkan bumbung rumah, menumbangkan pokok-pokok dan menyebabkan banjir kilat di selatan Filipina hujung minggu lalu.
"Angin kencang dijangka melanda negara ini lewat semalam. Kami juga meramal hujan lebat sehingga 500 milimeter akan turun dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata Ketua Pusat kaji cuaca Vietnam, Bui Minh Tang.
Menurut akhbar tempatan, pihak berkuasa di wilayah Thua Thien dan Da Nang telah dikerah untuk memindahkan kira-kira 66,000 penduduk di beberapa kawasan pantai yang terdedah kepada risiko Nari.
Laporan tersebut menyatakan, pihak berkuasa juga meminta nelayan untuk mengalihkan bot ke tempat selamat manakala bantuan makanan disediakan untuk menghadapi bencana itu.
Pada setiap tahun, Vietnam dilanda sekitar 10 taufan tropika antaranya Taufan Wutif yang telah memusnahkan hampir 200,000 tempat tinggal dan meragut banyak nyawa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2hkA93eNd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment