Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

4 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang


13 Oktober 2013

KUALA LUMPUR - Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran di Jalan Negeri Sembilan Selatan, Bukit Persekutuan, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika keluarga berkenaan berada di tingkat atas rumah dua tingkat itu.

Menurut Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad, enam jentera bomba bersama 57 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Taman Tun Dr Ismail dan Seputeh terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

"Ketika pihak bomba tiba di lokasi, 60 peratus bahagian dalam rumah telah terbakar berikutan struktur bangunan dan lantai yang diperbuat daripada papan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Zahari berkata api dapat dikawal setengah jam kemudian. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sementara itu, mangsa enggan ditemu bual oleh wakil media. - Bernama

No comments:

Post a Comment