Search This Blog

Saturday, October 12, 2013

4 penjenayah Batam tersungkur


KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap kumpulan penjenayah bergelar Geng Ah Fatt yang terbabit dalam kes samun rumah orang kenamaan (VIP) di sekitar ibu negara sejak lima tahun lalu berakhir apabila empat anggota kumpulan itu mati ditembak semalam.
Kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu berlaku apabila sepasukan polis yang melakukan intipan menyerbu sebuah rumah di tingkat 15, flat Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Jalan Ampang Putra di sini.
Ketika kejadian, empat suspek warga Indonesia yang dipercayai sedang berehat di dalam rumah itu bertindak melepaskan tembakan ke arah polis sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian berbalas tembakan itu, empat suspek yang berusia 30 hingga 40 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
"Sembilan jam sebelum itu, empat warga asing tersebut telah menyamun sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dan melarikan sejumlah barang kemas serta sepucuk pistol jenis Revolver.
"Selesai menyamun, suspek pulang ke rumah itu yang turut dijadikan lokasi mereka berkumpul dan merancang kegiatan jenayah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Jarak rumah yang disamun dengan lokasi suspek ditembak kira-kira 10 kilometer.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2hTCCDffM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment