Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

13 terbunuh taufan landa Filipina



SEBUAH bas melalui sebatang jalan raya yang dilanda banjir akibat taufan Nari yang melanda San Ildefonso, wilayah Bulacan, utara Manila semalam.


MANILA - Seramai 13 orang terbunuh apabila taufan Nari melanda bahagian utara Filipina, kata beberapa pegawai semalam.
Taufan tersebut menyebabkan banyak pokok tumbang, bekalan elektrik terputus dan banjir melanda kebanyakan kawasan di negara berkenaan.
Ribut kencang bertiup selaju 120 kilometer sejam (km/j) dan meningkat sehingga 150km/j itu berlaku di wilayah utara Aurora pada lewat petang kelmarin, kata sebuah pejabat biro kaji cuaca.
Hujan lebat dan angin kencang itu menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh, banjir dan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di lebih 30 pekan dan bandar, kata Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan.
Jurucakap pejabat itu, Rey Balido berkata, lima daripada 13 mangsa itu terbunuh apabila beberapa batang pokok tumbang ke arah rumah dan sebuah kenderaan.
Menurut Pertubuhan Palang Merah Filipina, di beberapa kawasan, air banjir yang melanda mula naik sehingga ke paras dua meter.
Seorang saksi, Glenn Diwa, 34, berkata, dia dan suaminya tidak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana taufan tersebut mula melanda pekan Capas yang terletak 90km di utara Manila sebelum tengah malam.
"Angin bertiup terlalu kuat dan kedengaran seperti bunyi wisel. Selepas itu, kami terdengar kepingan bumbung rumah tertanggal," katanya kepada AFP.
Jurucakap Majlis Bencana Filipin, Ray Balido berkata dalam satu sidang media, sebanyak 8,414 rumah musnah manakala pejabat pertahanan sivil ibu kota Luzon mendakwa sebanyak 37 buah bandar dan pekan yang diduduki 2.1 juta penduduk terputus bekalan elektrik. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2hYJKJP5D 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment