Search This Blog

Sunday, October 13, 2013

12 pekerja maut, kilang bunga api terbakar


GAMBAR menunjukkan kepulan asap hitam dari sebuah kilang bunga api yang terbakar di daerah Thanh Ba, utara Vietnam semalam.


HANOI, Vietnam - Sekurang-kurangnya seramai 12 pekerja maut dan lebih daripada 90 yang lain cedera apabila sebuah kilang bunga api milik tentera di daerah Thanh Ba, utara Vietnam di sini meletup dan terbakar semalam, kata beberapa pegawai.
Ketua tentera di wilayah Phu Tho, Mejar Jeneral, Le Quang Dai berkata, mayat 12 pekerja kilang itu dijumpai di bawah runtuhan dan kebakaran yang berlaku berjaya dikawal oleh anggota-anggota bomba.
Menurutnya, beberapa bahagian kilang tersebut musnah akibat letupan yang berlaku malah sebahagian rumah berdekatan turut rosak.
Dai berkata, kilang itu membekalkan bunga api untuk sambutan tahun baharu dan majlis-majlis rasmi.
Kira-kira 1,000 penduduk yang tinggal berdekatan kilang itu diarah berpindah ekoran letupan tersebut.
Sebahagian tingkap rumah di kawasan berdekatan juga retak.
Ketika kejadian terdapat kira-kira 200 pekerja di dalam kilang tersebut.
Seorang anggota polis menyatakan, bunyi kuat akibat letupan boleh kedengaran sehingga sejauh 10 kilometer.
Ia merupakan satu-satunya kilang mercun di negara tersebut.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Daerah Phu Tho, Tran Minh Khanh berkata, kebanyakan pekerja tersebut mengalami kecederaan serius.
Punca kebakaran masih belum diketahui. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2hYLcx1bE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment