Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

100 rakyat Singapura korban di Batam


Batam: Lebih 100 rakyat Singapura memilih untuk melakukan ibadah korban di pelbagai masjid di Batam pada hari raya Aidiladha tahun ini.

“Kami diberitahu lebih 100 rakyat Singapura dan Malaysia datang ke beberapa masjid di Batam untuk melakukan ibadah korban tahun ini,” kata ketua pelancongan Kota Batam, Rudi Panjaitan semalam. Menurutnya, rakyat Singapura terbabit datang ke masjid di kawasan perkampungan lama kerana masih memiliki keluarga serta saudara-mara yang tinggal di Batu Merah, Batu Besar, Tanjunguma, Tanjung Sengkuang dan Pulau Belakang Padang. Rudi berkata, hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara itu dengan warga tempatan menyebabkan mereka memilih untuk mengadakan ibadah korban di Batam.


Panitia ibadah korban Masjid Agung Batam, Tatang berkata, 50 rakyat Singapura sudah memesan 50 kambing untuk ibadah itu. “Buat masa ini, mereka sudah tiba di Batam dan masih bersiar-siar. “Esok (hari ini) mereka akan menunaikan solat sunat Aidiladha di sini dan seterusnya menyaksikan ibadah korban,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - Agensi

No comments:

Post a Comment