Search This Blog

Friday, September 6, 2013

Warga Iran hidup mewah jual dadah


2013/09/06 - 02:03:09 AM Oleh Muhammad Mustakim Ramli
Kuala Lumpur: Kemewahan hidup sebuah keluarga warga Iran yang mendiami kondominium Hartamas Regency di sini, terbongkar apabila dikesan mendalangi sindiket dadah antarabangsa.

Menerusi kegiatan haram itu, sindiket didalangi keluarga terbabit sejak lima tahun lalu dikesan mampu memiliki apartmen bernilai RM2 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak, berkata dalam serbuan jam 12.30 tengah malam Ahad lalu, polis menahan tiga wanita dan seorang lelaki berusia 13 hingga 41 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada isteri dan anak perempuan serta adik kepada lelaki warga Iran yang kini menghilangkan diri serta seorang rakan wanita keluarga itu berasal dari Estonia.

“Susulan tangkapan itu, polis merampas syabu seberat 1.16 kilogram (kg) dianggarkan bernilai lebih RM170,000 yang dipercayai untuk dipasarkan dalam kalangan rakan senegara mereka yang berada di sini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Wan Abdullah berkata, siasatan polis mendapati kediaman mewah itu kepunyaan suami suspek pertama yang meninggalkan kediaman itu sebelum serbuan dilakukan.

Positif dadah
Katanya, ujian kencing terhadap semua tahanan mendapati hanya suspek pertama iaitu isteri warga Iran terbabit positif dadah.

“Siasatan mendapati warga Iran terbabit juga sudah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen kerana tinggal lebih masa di negara ini sejak 2011, selain turut dikehendaki polis sejak 2008 atas kesalahan dadah.

“Semua suspek yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori,” katanya.

No comments:

Post a Comment