Search This Blog

Thursday, September 26, 2013

Tiga polis dituduh sebabkan tahanan lolos


SEREMBAN - Tiga anggota polis dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan bersubahat dan cuai sehingga menyebabkan seorang tahanan kes dadah lolos di kawasan rehat Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat Nilai awal bulan ini.
Tertuduh, Lans Koperal Nizar Azizi Alwi, Koperal Ismail Jamil dan Konstabel Nashrul Azlan Mohammad yang bertugas di Balai Polis Mantin mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohamad Izman Mohamed Noh.
Nizar, 30, didakwa bersubahat dengan B. Kishminderjit Singh, 39, dengan menyerahkan wang RM1,000 kepadanya di lokap Balai Polis Mantin di Nilai pada pukul 11 malam, 31 Ogos lalu hingga 3 pagi keesokannya untuk diserahkan kepada Ismail dan Nashrul.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2fwHrU3St 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment